
Persahabatan, Sejauh Mana Ia Di Fahami Dan Di Hargai?
Tentunya kita punyai lingkungan persahabatan yang luas, makin meningkat usia kita, makin bertambahlah sahabat kita. apatah lagi kita terlibat dalam dunia tanpa sempadan iaitu internet. Tidak kiralah ianya datang dari secara langsung dari blog-blog, komuniti, forum mahu pun ditempat kerja. Hubungan yang bermula dari hanya sapaan biasa mungkin boleh menjadi rapat dan menjalinkan hubungan persahabatan yang erat!
Namun sejauh mana hubungan persahabatan itu dinilai dan dihargai? Apakah cukup sekadar mengatakan, “kau sahabat aku” atau perkataan lain yang kononnya boleh membuatkan kita sendiri teruja?

Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan
Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.
bila adanya sikap pemaaf semuanya menjadi mudah. Andai kedua-duanya ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.
Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya menjadi pemaaf, rutinya lebih ramai yang mahukan orang lain yang mohon maaf terlebih dahulu. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati
Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?
Kita sudah pasti akan mengalami situasi begini apabila kita mempunyai hubungan sesama manusia tidak kira kita bersahabat, hubungan suami isteri, boss atau masyarakat sekeliling. Kita pasti ada konflik sebegini. Ia boleh dikaitkan dengan Law of Attraction.

No comments:
Post a Comment