Kongsi Cerita Tentang apa itu Sahabat
Adakah anda pernah punyai sahabat? Apakah kualiti yang sebenarnya ada pada nilai sebuah persahabatan?
Saya juga pernah mempunyai sahabat, Allah saja yang tahu, ketawa bersama, menangis bersama, pendek kata dalam apa jua hal sekalipun kami tetap bersama. Sentiasa berkongsi rasa.
Terima kasih pada Allah, kerana dapat juga saya merasai apa itu erti sebuah persahabatan. Bagi saya, sahabat merupakan seseorang yang kita boleh percayai 100%.
Dengan penuh rasa yakin segala rahsia akan sentiasa kekal sebagai rahsia. Tapi sebanyak mana rahsia yang kita kongsikan bersama dan tidak dihebahkan kepada orang lain? Pastinya tak semua kan?
Ibarat kita terpaksa meminta mereka merahsiakan hal2 tertentu, apatah lagi perkara itu mengaibkan kita.
Sebagai manusia kita mempunyai peringkat2 tertentu yang mana kita betul2 perlukan seorang sahabat untuk berkongsi rasa dan situasi yang memerlukan sokongan, pandangan, meceritakan masalah dan sebagainya. Inilah yang dikatakan perhubungan.
Sebagai manusia kita tidak akan lari dari kesilapan yang kadang2 tanpa kita sedari melukakan banyak hati yang mula menjeruk rasa dan pergi secara perlahan2.
Tidak lari dari kesilapan dan perselisihan faham, kadangkala memerlukan waktu yang begitu lama untuk pulih 2 tahun, 5 tahun atau 10 tahun.
Kita juga memerlukan seseorang yang sentiasa membuat kita tertawa, tapi ingat! Sikap Give & Take amat diperlukan dalam meneruskan hubungan yang dipanggil PERSAHABATAN.
Kita sebagai manusia tidak lari dari rasa ingin dihargai dan disayangi serta sentiasa ingin diingati. Sekurang-kurangnya memerlukan seseorang yang sentiasa berhubung walaupun hanya 1 sms sebulan ia sudah mencukupi. Sudah berumahtangga bukan alasan untuk memutuskan hubungan yang telah lama dibina sedangkan perkahwinan adalah suatu hubungan yang baru dibina.
Tetapi apa yang pastinya sahabat yang benar2 sahabat tidak akan menikam sahabatnya dari belakang, juga tidak sekali2 cuba menfitnah kita, dan sentiasa boleh dipercayai sehingga ke akhir hayat.

Adakah sahabat anda mempunyai kualiti yang telah saya sebutkan? Jika jawapannya tidak, tidak bermakna anda telah dikecewakan, Cuma sekadar dia belum lagi layak untuk digelar SAHABAT dan bukan mudah untuk mencari seorang sahabat yang berkualiti.
Nukilan ini hanya sekadar berkongsi dengan kengkawan, Syukur setakat ini saya mempunyai seorang yang benar2 dipanggil sahabat...
Semoga ianya sentiasa subur ke akhir hayat
aaaamiiiin..
walaupun setelah berumahtangga dan akan mempunyai zuriat...
dengan harapan anakku dan anakmu akan meneruskan persahabatan kita yang tulus murni ini..